SEKILAS PANDANGAN

Dihantar oleh Pengendali,

Pembangunan modal insan bagi pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam perlu dilaksanakan dari peringkat awal perlantikan sehingga tamat perkhidmatan secara optimum. Tujuannya untuk melahirkan pegawai awam yang mempunyai sikap yang positif dan pemikiran kecemerlangan berteraskan nilai dan etika budaya negara.
Mendaya upaya bakat melalui latihan kepada pegawai awam yang dilaksanakan perlu diperkukuhkan lagi kini, agar pegawai awam yang dilahirkan berkompetensi tinggi dan berproduktiviti. Satu pembaharuan perlu di beri nafas baharu kepada perkhidmatan awam agar sejajar perubahan teknologi ICT kini yang berketepatan dengan ekspektasi rakyat.
Memetik kata-kata Ketua Setiausaha Negara, “Sebagai penjawat awam bukanlah sekadar menjalankan tugas dengan cekap dan amanah, tetapi kita juga perlu melaksanakannya dengan penuh dan semangat dan dedikasi demi rakyat dan negara.