Sistem eLatihan juga menyediakan penggunaan MySMS untuk mendapatkan semula kata laluan. Tapi pemohon perlu mengesahkan no telefon pemohon untuk boleh mendapatkan khidmat ini. Cara-caranya ialah :
1. Daftar dahulu nombor telefon anda kepada MySMS:eLatihan dengan menghantar mesej jhr elatihan daftar [nokp] ke 15888. Pastikan no kad pengenalan anda ada tanda '-' (cth: 771106-01-6445)
2. Selepas pendaftaran MySMS:eLatihan, anda boleh mendapatkan kata laluan dengan menghantar mesej jhr elatihan lupapass [nokp] ke nombor 15888

Setiap sms yang dihantar akan dicajkan kepada penghantar. Jumlah caj yang dikenakan ialah RM0.15 untuk setiap penghantaran sms dan RM0.20 bagi setiap sms yang diterima dari MySMS 15888.